Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia? (2)
dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, (3)
yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, (4)
lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat). (5)
Selamatkan saudara-saudara kami di Palestin...
dan hancurkanlah isreal!
catatan musafir
myToshiba di PCB, Kelantan.
* Semoga ikhwah di Jalinan, Labu bersemangat.
Labels: jihad mujahid
Tiada salah menyingkapkan ini;
"Hati itu ibarat magnet..."
.. kerana mengikut kefahaman/pemahaman saya;
.. kerana sekeras-keras batu mempunyai sensitiviti.. batu itu meluncur jatuh kerana takutkan Allah.
Tidakkah malu manusia yang mempunyai hati?
Tiada seorang manusia pun yang diciptakan oleh Allah tanpa potensi untuk menerima dan menolak.
Apabila tiada menerima tapi hanya menolak, ia ibarat pohon kering yang berguguran daunnya, tidak menghijau dan tidak hidup.
Apabila hanya menerima tapi tiada menolak dan memberi, ia ibarat pohon yang tidak berbuah, yang hidup tetapi ibarat mati.
catatan musafir
myAcer di PCB, Kelantan.
*esok 5pm akan fly ke KL, untuk program bersama ikhwah. 8jan, 9-11jan.
Labels: tazkirah
Assalamu'alaikum.
Hujan di luar sana dan hati bagaikan dibuai-buai. Pelbagai perkara berlaku dan terjadi sebermula saya menjejakkan kaki di KLIA tengah malam 15 Disember 2008 yang lepas. Pelbagai rentetan sejarah hidup yang bakal saya kenang, namun saya tahu saya tak perlu gusar atau gelisah, kerana saya tahu saya bukan bersendirian.
Tak mampu untuk diceritakan satu per satu.
Ada cerita insan-insan yang datang dan pergi. Yang telah menghadapi maut, mengukuhkan keyakinan saya betapa Allah adalah sebenar-benar Tuhan yang berkuasa atas kehidupan manusia. Yang masih muda dan junior, saya bersemangat berkenalan dengan kamu semua, mahu follow-up dan mengekalkan hubungan yang telah dibina. Yang bersama tetapi berbeza, tidak mengapa kita berbeza waqi' kerana kita punya misi yang sama. Yang bersama dan serupa, alhamdulillah kita menanggung ini bersama.
Satu perkara yang saya amat pasti; saya kini mempunyai cita-cita dan impian yang lebih jelas. Saya lebih faham tugas dan tanggungjawab saya. Setibanya saya di sini, saya lebih tahu apa yang saya mahukan.
Tapi,
adalah lebih baik untuk saya berdiskusi, supaya yang baik dapat ditambahbaikkan. Betul tak?
catatan musafir
myToshiba di PCB, Kelantan.
Saya ada siapkan (setiap hari saya tulis/taip) organizer dan report aktiviti-aktiviti saya sepanjang cuti summer di Malaysia. Semua melibatkan tarbiyyah; sekolah rendah (bersama adik-adik dan ustaz dan guru-guru), sekolah menengah (bersama sahabat-sahabat tarbiyyah semasa di SM Sains Machang dan alumni), dan tarbiyyah sekarang (bersama ikhwah). Tidak dilupakan, amal am (bersama ustaz-ustaz, kawan-kawan, senegeri). Saya sibuk, tapi semuanya tak bermakna kalau semuanya hanya untuk dunia. Jadi, niatkan untuk saham akhirat. Ok? Mintaklah report tu drpd saya, kalau berminat.
Kali ini, dari South Terrace ke Norwood.
Esok-esok?
Thanx for Nando's.
Labels: sahabat
paling suka minit 2:15 onwards.
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
Labels: mahabbah
Bila terasa kosong,
.. saya takut dengan bayang-bayang sendiri.
catatan musafir
myToshiba di Meredith, Broadview.
* Rindu pada ummi, abi dan adik.
Labels: nafsi
Hari ini: Pindah-pindah Gilles Plains ke Ferryden Park.
Selesai sahaja urusan angkut-mengangkut lewat petang tadi, seorang akh katakan;
"Nanti-nanti angkut-mengangkut barang-barang kita pula ye."
Hm.. mengantuk sebab penat.
Ana tak sabar menunggu next year juga.
catatan musafir
myToshiba di Meredith, Broadview.
* Ke'terkejut'an itu bukan sebelah pihak sahaja.
* Encik Handsome, ingat pesan Syahr.
Labels: jihad mujahid
Juga, manusia kadang-kadang (atau selalu) terlupa pada satu hakikat; manusia telah dijanjikan dengan ujian yang spesifik kepada setiap individu, sama ada berat atau ringan, Allah lebih layak memberi penilaiannya.
Tetapi, susah senang, berat ringan, satu pesanan yang yang tidak pernah boleh lekang dari ingatan ialah, tanggunglah urusan dan ujian itu sepertimana yang ditanggung oleh para anbia' dan solehin. Caranya? Sambungkanlah apa-apa sahaja, perlakuan, niat, usaha dan apa-apa sahaja yang berkaitan menyelesaikan masalah itu, kepada talian Allah swt.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, [23]
(yaitu) orang yang kikir dan menyuruh manusia berbuat kikir. Dan barangsiapa yang berpaling (dari perintah-perintah Allah) maka sesungguhnya Allah Dia-lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji. [24]
Allah sudah tetapkan semuanya.
Dia itu Yang Maha Kuasa. Kita ini yang dikuasai. Tunduk patuhlah.
Dan yakinlah dengan suatu janjiNya;
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. [6]
..kerana Allah lebih mengetahui.
Juesteru, bebaskanlah dirimu. Sujudlah dengan sujud yang merdeka.
catatan musafir
myToshiba di Meredith, Broadview.
* Hari ini hari ketujuh. Masih bersedih?. Tapi semakin hari, ana dapat rasakan ana semakin kuat. Allah Maha Adil. Setuju? Ditariknya dan dihumbannya ana ke lembah, tidak diberikanNya ana tali untuk berpaut. Dua hari Allah berikan peluang. Hanya ingatan dan muraqabah kepadaNya. Di situ, hanya Allah yang menolong. Tidak Dia berikan bantuan lain. Dan hari ini, ana lebih bersyukur daripada semalam. Ya, lebih bersyukur. Ya Allah, berikanku ujian dan dugaanMu lagi.
Labels: nasihah


