"Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul." [al-Maidah (5): 60]


"Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina." [al-A'raf (7): 166]


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai." [al-A'raf (7): 179]


"Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan." [al-Ankabut (29): 41]


"(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim." [al-Jumuah (62): 5]


"Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?" [al-Munafiqun (63): 4]


"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." [al-Baqarah (2): 74]




PAUSE!!
Kalau itu sejarahnya, mungkinkah sejarah bakal berulang???





"Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan." [Yunus (10): 13]

"Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang itu, dan orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu." [Muhammad (47): 10]


"Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu." [al-Jathiyah (45): 21]


"(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, dia akan dibalas dengan kejahatan itu dan dia pula tidak akan mendapat perlindungan selain dari Allah, tiada seorang pun yang akan melindunginya dan tidak ada juga yang dapat menolongnya." [an-Nisa' (4): 123]





Ya, seperti janji-janjiNya, balasan Allah pastikan datang. Cuma saat dan ketika tibanya adalah suatu tanda tanya buat hamba. Dunia hari ini sudah tua. Entah mampu menampung penghuninya, entah tidak. Jika hari ini si A melakukan maksiat berat kepada Allah, mungkin si B akan tergelak jika si B diberitahu oleh si C bahawa si A mungkin akan bertukar menjadi lembu (binatang ternak) keesokan harinya. Bukanlah ingin mempersoalkan sama ada menjadi lembu atau tidak dalam konteks ini, tetapi yang memberi erti ialah perihal penghinaan Allah swt kepada makhlukNya yang melanggar larangan dan meninggalkan suruhanNya. Penghinaan ini men-tidak-redha-kan Allah kepada hamba-hambaNya. Bukan menjadi lembu di dunia, apa bakal terjadi jika si A menjadi lembu hina di padang Mahsyar nanti? Layakkah buatnya syurga?

Beristighfarlah!

Wallahu a'lam
(Liqa' Peristiwa Sabtu 12april08 - oleh Akh Nizam)


1 Comment:

  1. alonq_exe said...
    Terima kasih, syahr. Berguna buat renungan. Terbayangkan qiamat semenjak dua menjak ni.

Post a Comment




 

Blogger Templates. Sponsored by Crossword Puzzles