"Dan kepunyaan Allah-lah segala apa yang tersembunyi di langit dan di bumi. Tidak adalah kejadian kiamat itu, melainkan seperti sekejap mata atau lebih cepat (lagi). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (an-Nahl:77)
Ibarat kata hos rancangan Survivor "The tribe has spoken, you're leaving us tonight" maka aku juga berkata "The tribe has spoken, malam ini meeting penting rumah usai sudah."
Jam 11.16malam, Saif pulang dari Willcox. Terus kami berkumpul. masing-masing ada agenda sendiri untuk dibangkitkan. Mungkin. Meeting dihiasi senyuman. Tawa. Ceria sungguh ali Meredith. Moga selalu begini. InsyaAllah.
Mula-mula, Muslim berseloroh. Katanya, "Jom nyanyi lagu rumah." Cadangnya, mahu menyanyi lagu Keluarga Bahagia nyanyian Saujana. Ditolak mentah oleh yang lain. Mungkin tidak sesuai. Apa kata kamu, sesuai ke?
Diikuti dengan program rumah (private, tak perlu ditulis di sini), kami berbincang jauh ke New Zealand (apakah?). Duit dapur sebanyak 4^) bukan duit dapur Mawi untuk Darfur pun ditentukan sebulat suara. Name list untuk bakal-bakal ceti pun ada. Ada la, seperti berikut:
1. Rumah: Muslim
2. Elektrik: Hassif aka Hasep
3. Tenet: Khairi aka Aie
4. Dapur: Syahr
5."Sampah": Hafiz aka Chop
6. "Signs dan pengukuhan": Saif
(Name list ini bukanlah untuk difahami oleh ghairu ali Meredith)
Melihat jam yang sudah menunjukkan jam 12.30 tengah malam, perbincangan dihangatkan dengan hutang-piutang rumah. Memetik kata-kata salah seorang ahli rumah - Urusan duit-duit ini memang menggusarkan hati. Setuju. Amat. Sungguh tenang jika hati ini tidak melekat pada hal dunia. Namun iman masih tipis dan nipis. Berusahalah demi redhaNya untuk meningkatkan, insyaAllah.
Tup Tap Tup Tap, sudah mula ada yang menguap. Lalu penyakit itu disembuhkan dengan agihan rotasi ini. Apa? Ini la, macam kat bawah ni.
Hmm (tengah berfikir apa caption paling sesuai)..
Mungkin: Foto kami yang mengantuk. Betul ke? Betul. Tak tipu. Kerana tanggungjawab, perlu diteruskan.
Antara kami berenam, siapa paling signifikan ek?
(Bukan rotasi masak-memasak)
Mungkin: Foto kami yang mengantuk. Betul ke? Betul. Tak tipu. Kerana tanggungjawab, perlu diteruskan.
Antara kami berenam, siapa paling signifikan ek?
(Bukan rotasi masak-memasak)
Secara rasmi, Nimbus menjadi kesayangan kami berenam. Gong Xi (baca: kongsi). Paling low, Hasep perlu jadi ceti $5.85 untuk letrik bermula 3 Mac. Ceti-ceti lain, amount lebih tinggi. Kalau ada yang nak menyumbang untuk tabung kewangan kami tu, dipersilakan je. Bukan meminta tau. Tapi mengada-ngada saja.
Dalam sejuk-sejuk summer (air-cond menyejukkan Meredith), sempat pulak aku fikir nama baru untuk Saif. Menarik. Saif fisSaif. sin-ya-fa fa-ya-sad-ya-fa. Pedang pada musim panas. Saif pada musim panas. Mengarut aje bila rasa mengantuk melanda. Tapi tetap pada aku itu nama okey.
"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (as-Syura:38)
*Esok kalau sempat mahu ambil foto rumah
*Basikal oh basikal, best bila kamu diride.
Labels: diari diri, usrati ali Meredith
3 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



Basikal? Sudah punya basikal?