Ingat mati, bukan takut mati.

Jam 9+ malam Sabtu lepas, baru balik ke Baitul Mal. Penat juga keluar bersama Klemzigians. M pun nampak letih. A mesti lebih lagi, perlu memberi dan menerima. Setiba di rumah, ana ke dapur. Oh, ada suara. Ada Sheikh Nizam bersama Itqan dan Muslihin. Ramai.

"Nak join lah" ana mencadang pada diri. "Silalah" M menyokong. Tapi "Takpelah. Segan" ana mematikan. Terus ke bilik, membaca nota Microbiology. Tapi, sempat dengar ibarat angin sepoi-sepoi bahasa. Tentang muhasabah.



*



Pada jiwa setiap individu, telah Allah ciptakan suatu sifat pemikiran tentang kematian. Setiap yang hidup, pasti akan mati - Ini pegangan Muslimin. Setiap yang hidup, kalau tidak dijaga dan dipelihara dengan baik, pasti akan mati - Ini pegangan majoriti masyarakat dunia hari ini yang berajakan nafsu diri.

Dulu, masa kecil, amat suka bermain game "Mati-mati". Selalunya ShahRazi sepupu ana akan beria-ia mengajak. Ana dan yang lain akan menurut. "Mati" kemudian "hidup" kembali. Panjang kalau mahu diceritakan.

Tapi hari ini, mati bukanlah suatu kata-kata yang boleh dipermainkan lagi. Kini sudah sedar hidup ini suatu pinjaman. Sejarah, hari ini dan masa depan hanyalah persinggahan. Setiap kita akan merasai mati, walau dalam apa keadaan dan sebabnya.

"Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Dia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya) dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah dia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa."
[An-Nahl (16) : 70]

Pejam celik pejam celik, semalam pergi tinggalkan kita. Hari ini sedang berlalu dan esok bakal menjelma. Eh, mungkinkah ada esok? Esok bukanlah sesuatu yang pasti. Tiada siapa yang tahu. Waima hari ini kita amat sihat, esok masih tiada pasti milik kita atau tidak.

"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan (dalam pada itu) ada antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan)."
[al-Mu'min (Juga dikenali sebagai surah Ghafir) (40): 67]

Amat bermakna kalam Allah. Mampu menggetarkan hati. Tidak siapa mampu menyangkal jika esok kita akan dijemput pulang.

Daripada Tsauban r.a. berkata:
Rasulullah saw. bersabda "Akan tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"
Nabi menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Setelah diciptakan dengan sempurna oleh Allah, manusia diberi pilihan. Sama ada untuk ke syurga atau neraka. Sama ada menggapai ni'mat atau azab. Saban hari, umur dan usia bertambah. Setiap saat yang dilalui membawa maksud hidup kita semakin singkat. Kubur sedang memanggil-manggil. Jika mahu makan malam, perlulah ada makanan santapannya. Jika mahu menikah, perlulah ada pengantinnya. Jika mahu mati, apa bekalannya? Bersediakah kita menemui Allah rabbul 'izati?

"Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus."
[at-Tin (95): 5 dan 6]

*

Berbual dengan M pagi tadi. Sama-sama sedar. Hari ini dikurniakan hidayah oleh Allah tidak bererti esok kita akan dikurniakan hidayah juga. Cuba lihat berapa ramai yang berubah arah. Daripada seorang muslim yang baik, akhirnya kecundang. Namun tidak dinafikan ada yang awalnya khayal tetapi terjatuh dan akhirnya ketemu cinta.

Hiba. Bukan sedih. Hati berbisik, "Ingin kekal pada jalan ini sampai bila-bila."

Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah".

Wahai sahabat-sahabat perjuangan, bantulah.



Sila abaikan yang di bawah supaya ana tidak mencuri masa anta/anti/antum/antunna.
*Suka mendengar. Tapi hanya dapat secara jauh. Bukan Itqan. Bukan Muslihin. Tapi insyaAllah boleh berusaha. Ingin menjadi itqan dan muslih yang sahih, walau tidak diberi nama.
*Bakal 21.

5 Comments:

  1. akh.ihsanist said...
    1. apsal xjoin jek mlm tu. 11 org tu xkeles punya ada adik beradik angkat.

    2. "nak kawin kene ada pengantin" (Syahr, 2008) "nak kawin, kene btau" (nizam, tahun gajah)

    3. ingat mati

    4. jzkh kh kepada mutarabbi harapan murabbi impian

    5. selamat hari lahir, moga besok bermula hidup baru dengan nikmat yang sama. iman dan istiqamah

    6. 6:60

    7. orang nak pekse xelok lama2 kat blog orang

    8. doakan ana
    alonq_exe said...
    Assalamualaikum syahr.

    Selamat hari lahir yang ke 21. Rasanya dah masuk maghrib, 27 May dah kan kat sana? Panjang rupanya hayat kita kat dunia ni. Semoga hari-hari yang akan datang menjadi lebih terisi, lebih diberkati dan lebih bererti!

    Ada simple quote,
    "We are dying, every single day"

    Sebab mati tu bila2, usaha kita kenalah sentiasa dipertingkat. Bukan apa, tak mahu hari semalam lebih baik dari hari ini, dan hari ni lebih baik dari esok. Kita mahukan yang sebaliknya.

    p/s: Syukur hari-hari panjang umur bila hari-hari ingat mati.
    FakuLito said...
    apa-apa pun, Masa Lapang Membunuh!

    moto diri sempena WT08.
    lasiaf87 said...
    selamat hari lahir yang ke-21~

    tuanya dia.. :p

    entri yang baik untuk hari yang baik..

    entri pasal umur untuk hari pertambahan umur..

    semoga dengan pertambahan umur kita, amal kita juga bertambah.. amin..

    selamat hari lahir~

    insyaAllah kita sama2 atas satu jalan.. :)
    Omar Mokhtar said...
    Selamat Hari laHIR sHAH
    ...maaf lambat mengepos...
    ana jarang2 skali menulis mahupun melihat blog org..hehe
    ni pun julung2 kalinya...

    Ana setuju dgn shah..semakin bertambah umur semakin dekat kita dgn mati...dan sepatutnya semakin hilang rase pengharapan/pengabdian kepada dunia yg fana dan menipu ini...

    maaf t'hadap komen yg panjang...
    ana doakan shah dikurniakan umur yg panjang dan diberkati..=D

Post a Comment




 

Blogger Templates. Sponsored by Crossword Puzzles