Sudah agak lama, baru nak membalas. Ana tak suka bercerita tentang diri sendiri, sebab tak mahu jadi poyo. Tapi, ana akan cerita sikit-sikit untuk jawab 5 soalan di bawah. Mungkin ana akan cerita panjang (Huh?).


Post asal oleh: Dini Syarif
Di'Tag' oleh: akh yang ana kasihi

Tag ini dinamakan: Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim (^_^)

Moga-moga tag ini dapat memberi pencerahan berkenaan usrah, dan lebih ramai yang dapat mengecapi nikmatnya usrah!

Jawab lima soalan mudah (tak payah goreng panjang-panjang);

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
  • 9 tahun kot. Bermula 12 tahun (Darjah 6). Lama, kan? Tapi lamanya tak bermakna apa-apa sebab ana tak hebat pun.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
  • Ustaz ajak masa ana kecil-kecil dulu. Selepas itu, ada ajakan-ajakan insan sedar yang lain. Alhamdulillah.

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
  • Sebab ikut kata ustaz, "Ikut usrah, boleh jadi orang baik-baik." Selepas itu, ada sebab-sebab tertentu.

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

  • Rasa syukur
  • Rasa lebih selamat dan diselamatkan dan ingin menyelamatkan
  • Rasa gembira
dan banyak lagi!

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

Bagaimana menjadi:
dan banyak lagi!



Peraturan Tag:
  1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
  2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
  3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
  4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
  5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
  6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

Dengan ini ana mengetag:


ok, dah buat~!





2 Comments:

  1. MusafiR said...
    Cerita:
    1999 (Darjah 6 di SKSA): Awal Februari 1999 ana dapat No. 2 Perujian Tilawah al-Qur'an peringkat daerah Kota Bharu (Dikalahkan oleh pemenang No. 3 peringkat kebangsaan 1998). Ustaz Nawi kata, 'Jom join usrah. Kita belajar cara-cara solat, puasa dll. supaya jadi orang yang baik. ' Jadi, ana pun join la. Masa ni, banyak belajar tajwid, tarannum, nasyid dll.. Kebanyakan hal berkaitan syariat (Ibadat).

    2000 (Tingkatan 1 di SMACH): Diletakkan dalam halaqah Abg. Darussalam yang merupakan presiden badan tarbiyyah sekolah (dikenali sebagai PERSIS, bukan BADAR macam kebanyakan di sekolah-sekolah lain), Abg. Ikhwan dan Abg. Aiman.

    2001 (Tingkatan 2 di SMACH): Ustaz Ramly, melalui Sufian Ishak, lantik ana jadi naqib untuk pelajar tingkatan 1. Bermula dengan keazaman nak jadi naqib yang bagus ini la, ana mula menceburkan diri dalam banyak perkara. Hasilnya, pernah jadi school english public speaker, forumer ala parlimen b. melayu, wakil syarahan b. arab, dll.. (Bosan!)

    2002 (Tingkatan 3 di SMACH): Aktiviti usrah slow sebab fokus untuk PMR. Ana ambil B. Arab, jadi Ustazah Azizah mula tengok-tengok pelajar yang dikatakan berpotensi untuk pergi jauh dalam program tarbiyyah.

    2003 (Tingkatan 4 di SMACH): Tahun yang amat sibuk dan menyibukkan. Ana, Sufian Ishak, Zarrin, 'Izzat, Farid dan Irwan (4 orang ambik b.arab PMR) macam jadi qaedah sulbah di sekolah. Masa ni juga ana jadi naqib yang menjaga naqib (Faham, ke?). Macam-macam program kami anjurkan. Daripada yang kecil kepada yang besar. Etos sekolah iaitu Perkhemahan Ibadat dikatakan amat berjaya. Juga, Minggu Penghayatan Islam yang disusuli Malam Ekstravaganza Islam. Yang lebih menarik, tuan pengetua sekolah masa tu minta ana jadi pengarah program ulangtahun ke-20 sekolah (Dibuat bersama ekstravaganza). Dua orang besar kementerian datang. Teater pentas kami "Sakaratul Maut" menjadi. Sufian Ishak jadi peneraju utama teater, ana turut berlakon selain mengurus program. Selain itu, ada program ala-ala muasykar/mukhayyam dan juga tamrin eg. tamrin naqabat. Ogos (kalau ana tidak silap), ana (bersama Sufian Ishak, Zarrin dan Sufian Omar) ke Nadwah Kepemimpinan Islam Kebangsaan SBP di SMAP Kajang. Akh Fakhruddin pun ada sama, kan?

    2004 (Tingkatan 5 di SMACH): Masa ini ana jadi S/U PERSIS. Kerja lebih-lebih la lagi bila officially berjawatan. Masa buat kerja, sangat-sangat bersungguh-sungguh. Ada bebrapa kali, bila tidak disokong, ada sisters yang menangis. Kenangan best masa ni, ana dapat saguhati (saguhati je, T_T) masa pertandingan khat kebangsaan di perak. Masa ni pemenang pertama adalah pelajar tingkatan 4 KISAS. Ana dah tingkatan 5 dah masa ni. Segan. Huhu.

    2005/2006: Pertengahan Mei 2005, di KMJ, tak sempat join usrah tetapi diajak untuk join KARISMA. Tak sure jamaah ni. Sebab ana di KMJ, satu bulan je. Selepas tu ke INTEC. Berjumpa Aizat dan Eizaz. Mereka berdua la naqib pertama di sana. Selepas tu, jumpa Bro Sani, Bro Nasrul, Bro Zahir, Bro Hakim, Bro Haris, Bro Hazwan, Bro Ashraf dan abang-abang ISMA yang lain (maaf, tak ingat). Sebelum tu ada jumpa Bro Muadz, Bro Ihsanuddin dan ramai lagi la. Seingat ana, 1 kali je usrah. Bercerita tentang Antara Semalam dan Hari Ini (ASDHI). Awal 2006, ana, Qamar dan Syafik dipertemukan dengan Abg. Fairul. Baru la menjadi sikit. Sebelum fly ke Adelaide, ada dapat tafsir al-Qur'an daripadanya. Terima kasih.

    2007/hingga sekarang: Tak mau cite lah, sebab tak pandai nak cerita.


    *Byk lagi benda, cuma tak tercakap/tertulis/tertaip je.
    alonq_exe said...
    Bukan syahr tulis yang ni kat dalam entry ke mula2 tadi?

Post a Comment




 

Blogger Templates. Sponsored by Crossword Puzzles