Tiba-tiba, rasa macam nak tulis diari pula. Kalau nak tahu apa cerita saya, bacalah. Terikut-ikut blog tu kot.
20/10
Due Worksheet Prac A (siap pada 16/10)
Biochemistry Online Test
21/10
Due Abstract - Physiology Project (siap 20/10)
Due Electronic + A4 Poster - Physiology Practical Project (siap pada 14/10)
22/10
"White Biotechnology" presentation (bersama Siden) - tapi tak ada pun.
23/10
Practical B Poster Interview
24/10
Biochemistry Theory Test 2
Malamnya, saya ke North Adelaide. Menyiapkan kerja tertangguh bersama Ammar. Tapi akhirnya tertangguh lagi ke pagi esoknya. Penat, katanya, penangan main bola sepak petang tadi. Selepas pulang dari Masjid Khaleel pagi esoknya, kami siapkan juga kerjanya. Alhamdulillah. Baru sebentar tadi kami dipermudahkan oleh Allah. Kereta 'stops' tepat-tepat di stesen minyak. Tunggu 7 minit untuk jam 6am, baru la stesen minyak tu buka. Masing-masing tak bawa duit. Langsung. Geledah-geledah dalam kereta, alhamdulillah, ada $10. Sekarang, dapat siapkan kerja tertangguh (sebenarnya, baru je dapat kerja tu daripada Muslim sebelum solat jumaat semalam, tapi kira macam tertangguh juga la).
Ke Botanic Garden pada pagi Sabtu. Agak sesat. Biasalah, first time. Sebelum ke sana, dapat juga saya belajar cara-cara buat mashed potato dan gravynya. Itulah juadah piknik kami. BBQ chicken dan fries tu, bukan home-made la.
Petangnya, ada hal yang belum settle. "Istiqamah dan Iman" perlu dibaca. Berbekalkan secawan (secawan?) yogurt berperisa pisang+madu yang dibeli dari Foodland (First time saya dapat habiskan secawan yogurt. Ni pun gara-gara Encik Handsome yang paksa makan), saya habiskan juga bacaan. Tengok-tengok bahan tambahan dalam internet. Saya ready untuk program mingguan esok! Jeng Jeng Jeng!!
***
Dua hari juga saya di North Adelaide. Banyak cerita. Alhamdulillah. Sebelum pulang, saya dapat 1 sms. Katanya, "Ada orang lari dari rumah." Malas pula rasa nak berhujah. Ya. Saya memang lari. Dan alhamdulillah larian membawa pulangan. Pelbagai minhah yang saya syukuri. Bila pulang (dan selepas tamat program), saya berbasikal ke Broadview Oval selepas ke Burns Ave (ditemani Faisal) dan Maple St (ditemani Fakhruddin). Tujuan dan hasilnya? Lihat foto.
Well, it's spring-ing, kan? Ammar ada dua. Kuning yang kecil dan merah jambu yang besar. Harum. Semerbak. Wangiiii satu bilik.
Sekarang, rehat sekejap. 'Futur' juga asyik menghadap buku (Esok practical exam. Final. Doakanlah kejayaan buat saya). Maksud saya, futur dengan menghadap buku saja. Jadi, saya tengok-tengok friendster. Lihat-lihat, terjumpa ini:
Lantas saya tersenyum lagi.. (Tak perlu faham pun kenapa ini menceriakan saya)
Ada ke patut jadi wallpaper? Saya tak sedar pun bila entah dia tangkap foto tu. "Sabar je lah"
Minda saya berfikir. Banyak hal yang manis-manis. Terlalu idealistik. Mungkin tak realistik. Entahlah. Tapi saya tak mahu putus asa. Biarlah saya menyimpan impian untuk jadikan yang terbaik. Sebab itu jualah yang Allah nak. Kan?
Mungkin ini lebih benar. Allah kan ada bersama. Semuanya idealistik dan realistik. Usaha dan mujahadah. Natijahnya, Allah lebih berhak.
Kan?
Teringat pagi tadi. Sambil minum kopi. Encik Senyum ada beritahu saya. "Rasa-rasa, perlu menulis semula." Saya membalas senyuman, "Itulah yang kami tunggu-tunggu." Itu yang terkeluar dari lisan. Jauh di lubuk hati, saya menambah, "Tulislah.. untuk buat bekal bila tak mampu bersua." Tiba-tiba rasa sebak. Encik Cool perasan keadaan ni. Cepat-cepat saya matikan rasa... Habis program mingguan, doa rabithah dibacakan. Hati-hati ini berkumpul. Dan saya terpaksa menggosok mata lagi. Ada yang perasankan. Saya didekatinya. "Jangan sedih-sedih. Kita kena happenin'." Betul tu.
Malam semalam, Kak Tun (Ustaz Wan's) bagi bekal mi goreng mamak. Sedap! (Kalah tom yam saya. Tiada kaitan) Mungkin rakan-rakan semua rasa hal yang sama. Tiba-tiba je mi tu hilang dari dalam bekas. Sekejap betul. Tapi mungkin juga sebab mi semangkuk tak cukup untuk 15 orang.
Aie dan Hassif keluar bermain bola. Baru sekejap tadi. Diajak, tapi saya menolak. Tak apalah. Saya setuju dengan cadangan Encik Handsome - "Nak buat tekan tubi kat rumah je." Jom! (Bukan 3 Jom yang dicadangkan oleh Taufik pagi tadi tau!)
Nak publish entri ni, saya ke bilik Muslim kejap. Ada laptop Aie. Tiba-tiba saya rasa pelik. Terkejut pun ada. Lihat foto:
Aie dan Hassif keluar bermain bola. Baru sekejap tadi. Diajak, tapi saya menolak. Tak apalah. Saya setuju dengan cadangan Encik Handsome - "Nak buat tekan tubi kat rumah je." Jom! (Bukan 3 Jom yang dicadangkan oleh Taufik pagi tadi tau!)
Nak publish entri ni, saya ke bilik Muslim kejap. Ada laptop Aie. Tiba-tiba saya rasa pelik. Terkejut pun ada. Lihat foto:
27/10
Practical A Final Exam
28/10
Physiology Project - Oral Defense
30/10
Microbiology Theory Test 2
31/10
Jeng Jeng Jeng!
***
Minda saya berfikir. Banyak hal yang manis-manis. Terlalu idealistik. Mungkin tak realistik. Entahlah. Tapi saya tak mahu putus asa. Biarlah saya menyimpan impian untuk jadikan yang terbaik. Sebab itu jualah yang Allah nak. Kan?
"Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang yang beriman." [al-Ahzab (33): 43]
Mungkin ini lebih benar. Allah kan ada bersama. Semuanya idealistik dan realistik. Usaha dan mujahadah. Natijahnya, Allah lebih berhak.
Kan?
Labels: nafsi
7 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




single lagi kah?
kah kah kah kah... :-))