Doa bukan bermusim.

Hari ini ada exam. Principles of Biotechnology II. Tidak pernah saya rasa gundah. Mungkin exam susah. Mungkin exam pelik. Apa-apa saja-lah (Ayat kesukaan Akhi Afif, kan?). SMS yang saya terima, semuanya mengingatkan supaya berserah. Bukan berserah itu menyerah kalah. Tapi berserah kepada Allah swt. Kita dah berusaha kuat sampai tidak tidur malam, kan?

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." [Yunus (10): 12]


"Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa (alasan) yang benar. Hai manusia, sesungguhnya (bencana) kezalimanmu akan menimpa dirimu sendiri; (hasil kezalimanmu) itu hanyalah kenikmatan hidup duniawi, kemudian kepada Kami-lah kembalimu, lalu Kami khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." [Yunus (10): 12]


Selalu saja manusia lupa pada hakikat diri sendiri. Doa itu bukan bermusim. Perlu selalu. Seperti seorang pendekar yang selalu bersama kerisnya saat bersilat melawan musuh. Seperti seorang bomba bersama jaket keselamatannya semasa memadam kebakaran. Seperti seorang pelajar yang well-prepared dengan ilmu sebanyak mungkin semasa menduduki peperiksaan. Seperti seorang abid dan ibad soleh yang sentiasa ada ingatan kepada Allah dalam setiap langkahnya.

Doa itu senjata kita..



"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu." [Muhammad (47): 31]



catatan musafir
myToshiba di Meredith, Broadview.


* Baru sekejap tadi saya hulurkan 4 cups of beras kepadanya. Tiba-tiba je dapat 1 keping biskut. Hadiah ek, Encik Afif?
* Kata Akhi Faisal, sekarang tengah sindrom rindu-rindu nak halaqah. Encik Ammar Encik Co-November, kami dah pakai tali pinggang, bila nak berlepas dan singgah di pit stop pertama? Tunggu habis exam ek?
* Hari ni, Encik Comel dari Maple belajar di bilik saya. Next paper dia adalah Chemical Engineering Thermodynamics. Siapa dia?
* Ada orang tu merajuk. Pujuk-pujuk...


9 Comments:

  1. Faisal said...
    (^_^)
    MusafiR said...
    Doa supaya diperteguhkan, ditetapkan dan diterima...
    lasiaf87 said...
    amin..
    akhi afif said...
    akhi afif? sweet~!
    di Adelaide hanya hassif, Umair, Penk dan Don je yg panggil.
    MusafiR said...
    sweet. memang.
    lasiaf87 said...
    dulu orang nak panggil tak bagi.. huhu..
    nik mokhzani kot said...
    jgn panggil~!

    p/s: Nik: bnyk komen la korang nie.. (ana penat lipat baju)
    MusafiR said...
    ye ke penat lipat baju? mcm tak berlipat je lg tuh
    MusafiR said...
    ayat kedua tu, silap. bukan 10:12, tp 10:23

Post a Comment




 

Blogger Templates. Sponsored by Crossword Puzzles